Blockchain Solusi Terbaik Menangani Masalah Pengurusan Homeless Di Bandar?

396

Sebuah bandar di Texas, Austin menggunakan blockchain bagi membantu orang-orang yang memerlukan iaitu homeless.

Blockchain sejak tahun lepas semakin mendapat tempat baik dalam kalangan masyarakat mahupun institusi. Hal ini disebabkan lonjakan harga bitcoin. Sejak itu, ramai mula tertarik dengan konsep idea tersebut dan bagaimana memanfaatkan teknologi itu ke arah kebaikan.

Bandar Austin memiliki lebih daripada 7,000 orang yang tidak memiliki rumah. Bandar Austin, sedang merancang untuk menggunakan blockchain dengan menyediakan homeless dengan ID khas yang membolehkan mereka untuk mendapat perkhidmatan kerajaan yang kritikal.

Kebanyakkan mereka yang homeless telah kehilangan ID atau IC mereka sehingga menyebabkan hidup mereka mengalami kesulitan. Ketiadaan ID akan menyebabkan sesorang itu susah untuk mengakses perkhidmatan sosial yang disediakan dan bantuan kerajaan.

Maka, bandar Austin memilih untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang kreatif iaitu dengan menggunakan blockchain.

Berdasarkan laporan, Austin sedang mencari jalan untuk menggunakan blockchain sebagai platform pengurusan ID untuk homeless.

Menurut laporan Bloomberg, ” Lebih daripada 7000 orang di Austin adalah homeless dan mengalami masalah untuk mendapatkan perkhidmatan layanan sosial disebabkan isu ID.”

Dengan menggunakan blokchain, autoriti Austin akan mencipta ID yang unik untuk setiap masyarakat yang homeless di bandar tersebut. Dengan ID, individu tersebut boleh untuk mengakses rekod peribadi mereka bila-bila sahaja mereka perlukan tanpa perlu menanggung risiko kehilangan atau dimusnahkan yang dimana sebelum ini terbuat daripada kertas dan plastik.

Projek dijangka akan dijalankan sepenuhnya 4 tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat