BlockFi Bankrap Jadi Perhatian Utama, Kemanakah Halatuju Pasaran Kripto Pada Akhir Bulan November?

326

Harga Bitcoin menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 1.71%% dalam tempoh 24 jam yang lalu di tengah-tengah platform pinjaman kripto BlockFi memfailkan kebankrapan bab 11. Dalam 24 jam terakhir, jumlah dagangan Bitcoin ialah sebanyak $25,195,723,296 USD.

Sentimen negatif membimbangkan yang berlaku pada ketika ini ialah platform pinjaman kripto BlockFi menfailkan kebangkrapan pada hari Isnin hanya beberapa hari selepas menggantung pengeluaran selepas pemfailan kebankrapan FTX. Krisis kecairan yang menyebabkan keruntuhan bursa kripto FTX telah menyebabkan syarikat-syarikat terlibat terkena impaknya.

FTX, yang diasaskan oleh Sam Bankman-Fried, memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat awal bulan ini selepas pelabur mengeluarkan $6 bilion daripada platform dalam tiga hari dan bursa pertukaran saingan Binance menggugurkan pelan dana bantuan. Waima begitu, ditengah kehimpitan sentimen negatif yang bertalu-talu, permodalan pasaran pasaran mata wang kripto meningkat 2.01% kepada $834.81B sejak semalam.

Harga Bitcoin semasa ialah $16,498 US dolar, dan jumlah dagangan 24 jam ialah $25,204,216,179 USD. Bitcoin telah meningkat sebanyak 1.71% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia mempunyai jumlah bekalan sebanyak 21,000,000 BTC dan bekalan dalam edaran sebanyak 19,219,606 BTC. Malangnya harga Bitcoin masih belum melepasi halangan $16,800. Kejatuhan di bawah kawasan sokongan $16,000, BTC boleh mengalami kerugian selanjutnya.

BTC/USD didagangkan menaik pada hari Selasa selepas mendapat sokongan pada tahap dagangan $16,000. Dalam jangka masa 4 jam, garis arah aliran menaik, menjarakkan dari paras sokongan berhampiran tahap $16,000, dan penutupan di atas tahap ini boleh membawa indikasi pemulihan menaik dalam Bitcoin. Sebaliknya rintangan awal untuk Bitcoin adalah pada $16,650, yang disokong oleh garis arah aliran menurun.

Secara asasnya kemelut yang menimpa FTX dan krisis Covid-19 yang berlaku di China telah memberi kesan terhadap pasaran kripto pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat