BMW Mahu Lawan Tesla, Perluas Pembuatan E-Car!

302

BMW AG merancang untuk melabur sebanyak $563 juta dolar di kilang terbesarnya yang terletak di Eropah kerana syarikat pembuatan kereta Jerman itu ingin meningkatkan keupayaan pembuatan kereta elektriknya untuk bersaing dengan para pesaingnya termasuk Tesla Inc.

Menurut sebuah kenyataaan, BMW akan menambah 8 barisan pengeluaran untuk modul bateri dan motor elektrik di kilang Dingolfing di Bavaria. Menjelang tahun 2022, syarikat tersebut akan mengeluarkan pemacu elektrik untuk lebih dari 500,000 kereta setahun.

Selain itu, penambahbaikan tersebut diharapkan agar dapat menghasilkan produk yang mampu bersaing dengan produk buatan Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk.

Di samping itu, motor bateri terbaru BMW yang dibuat di Dingolfing dan di tempat lain adalah untuk memperkasa EV syarikat pada tahun-tahun mendatang. Kereta pertama yang dihasilkan dengan teknologi baru akan menjadi kenderaan utiliti sukan iX3 yang dipasang di China. Manakala SUV terkemuka BMW, iNEXT dan sedan elektrik i4, kedua-duanya dijadualkan untuk pelancaran pada 2021, juga akan menggunakan teknologi tersebut.

Seterusnya, syarikat pembuatan kereta tersebut didakwa terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, mereka akan menjalankan pemotongan kos operasi termasuk mengurangkan jumlah pekerja sekitar 6,000 orang. Bukan itu sahaja! Syarikat itu juga membatalkan usaha sama dengan Daimler AG yang bertujuan untuk mengkaji kereta next-generation self-driving.

Anda mungkin juga berminat