BNM Antara ‘Big Boys’ Terbesar Dalam Pasaran Forex Suatu Ketika Dahulu

391

Bank Negara Malaysia (BNM) terlibat dalam dagangan ‘Forex Market‘ pada awal tahun 90-an. Inilah berita yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bekas pembantu Gabenor BNM pada tahun 1990 Datuk Abdul Murad mendakwa BNM kerugian hampir US$10 billion pada awal 90-an.

Berikutan laporan media tersebut, pihak BNM mengeluarkan kenyataan bahawa, “Laporan media sebelum ini adalah merujuk kepada peristiwa yang berlaku 25 tahun lalu. Sejak itu, BNM telah maju ke hadapan, lebih kukuh dan lebih transparen.”

Kenyataan rasmi oleh BNM

 

Wow!, BNM pun trade forex.

Kita tentu pernah mendengar cerita ini walaupun sebelum berita ini di gembar-gemburkan sejak beberapa hari ini. Penulis pernah membaca tentang perkara ini 4 atau lima tahun lepas, tetapi tidak terlintas di dalam fikiran tentang kerugian sehingga berjumlah US$10 billion yang dilaporkan.

Sehinggalah orang dalam BNM ketika itu bersuara iaitu Datuk Abdul Murad menguatkan lagi kepercayaan kepada penglibatan BNM dalam dagangan pasaran tukaran matawang (forex market). Ditambah lagi dengan kenyataan BNM mengesahkan kejadian ini pada awal 90-an dahulu.

Tunggu sekejap, anda perlu tahu perkara ini dahulu.

Bank pusat di setiap negara memang perlu untuk masuk ke ‘Forex Market‘ malindungi nilai matawang mereka dari ‘overvalue‘ (terlebih nilai) atau ‘undervalue‘ (terkurang nilai). Maknanya di sini, setiap matawang ada nilai ‘optimum’ dan jika nilai ini terlebih atau terkurang, bank pusat negara itu akan menstabilkan semula nilai tersebut dengan cara berdagang di ‘Forex Market‘. Contohnya adalah Bank Pusat Jepun dan ‘Swiss National Bank‘ (Bank Pusat Switzerland).

Ok, kita fokus semula kepada penglibatan BNM dalam ‘Forex Market‘.

Ada laporan yang mengatakan, BNM pernah menjadi antara pemain terbesar dalam pasaran tukaran matawang global. Bahkan, agensi berita Reuters pernah melaporkan pada April 1991 bahawa BNM adalah antara ‘Big Boys‘ dalam ‘Forex Market‘ ketika itu. Satu-satunya pesaing BNM ketika itu adalah Pengurus Dana dari Jepun.

Disebabkan kecairan BNM ketika itu begitu tinggi, menyebabkan pemain-pemain yang lain sukar untuk menyaingi bank pusat ini, dan menjadi ‘Market Mover‘ yang dominan pada tempoh itu. Ada juga laporan yang mengatakan sebelum kerugian US$10 billion, BNM telah mengaut keuntungan sehingga US$50 billion.

Disebabkan penglibatan BNM yang begitu aktif dalam ‘Forex Market‘ ketika itu, telah menyebabkan volatile (turun-naik) dalam nilai matawang utama dunia. Berikutan hal ini, Pengerusi Federal Reserve (Bank Pusat US) ketika itu Alan Greenspan meminta BNM menghentikan aktiviti spekulasi pasaran.

Sehinggalah kemunculan George Soros dan rakan-rakannya pada 1992, yang menjual matawang Pound, manakala BNM membeli matawang tersebut ketika itu. Kemudian berlaku krisis ekonomi Eropah yang menyebabkan Pound jatuh mendadak. Apa yang terjadi? Soros membuat keuntungan dan sebaliknya kepada BNM.

Walaubagaimanapun, harus diingat setiap bank pusat terlibat secara langsung di dalam ‘Forex Market‘, untuk menstabilkan matawang masing-masing. Kita berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan dan menyeru kepada bank pusat hanya menggunakan mandat yang ada sahaja, agar rakyat Malaysia terus menaruh kepercayaan kepada kredibiliti BNM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat