BNM Lakukan U-Turn? Ini Pengumuman Terbaru Mengenai Pengenaan Faedah Sepanjang Moratorium!

5,870

Pada hari ini, terdapat notis yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang memaklumkan bahawa peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang mengambil moratorium seperti yang diumumkan pada Mac lalu bakal dikenakan faedah.

Hal ini disahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) petang ini. Dalam pengumuman tersebut dinyatakan bahawa para peminjam bakal menerima notis mengenai pemberitahuan proses penangguhan pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan masing-masing.

Pengumuman ini disifatkan bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang menyatakan tidak akan dikenakan caj faedah selama enam bulan.

Institusi perbankan juga akan menyediakan maklumat terperinci kepada setiap peminjam mengenai perubahan yang dibuat terhadap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap.

Menurut BNM, “Maklumat tersebut mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium,”.

Tamsilnya, para peminjam bakal diberi beberapa pilihan mengikut keadaan kewangan masing-masing dan hal ini akan dimaklumkan lebih rinci oleh pihak bank secara terperinci kepada para peminjam seawal esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat