BOE Beri Amaran, Belanjawan Jeremy Hunt Bakal Buat UK Makin Tersepit!

108

Ketika UK menghitung detik untuk melihat belanjawan baharu daripada Menteri Kewangan Jeremy Hunt, ketua ekonomi Bank of England (BOE) Huw Pill memberi amaran mengenai risiko yang dihadapi negara itu.

Berikutan jangkaan bahawa Hunt akan menetapkan kenaikan cukai yang besar dan pemotongan perbelanjaan, Britain dikhuatiri bakal berdepan kelembapan ekonomi yang lebih mendalam.

Huw Pill berkata langkah yang diambil Hunt boleh membebankan ekonomi UK lebih daripada dijangkakan oleh bank pusat itu sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa ekonomi akan melembap sekiranya kadar faedah yang lebih tinggi dilaksanakan bersama langkah kenaikan cukai dan pengurangan perbelanjaan oleh kerajaan.

Tambah beliau lagi, bank pusat akan mengambil kira pelan pemotongan hutang yang ditunggu-tunggu apabila BOE menetapkan kadar faedah pada bulan Disember.

Sekiranya belanjawan yang dibentangkan Hunt lebih besar daripada diharapkan, Pill berkata bank pusat mungkin akan melaksanakan kenaikan kadar faedah sedikit lebih rendah.

Ujar beliau, kenaikan cukai yang besar boleh memperlahankan perbelanjaan dalam ekonomi lebih daripada yang dijangkakan sekali gus boleh memberi kesan kepada inflasi.

Difahamkan, Menteri Kewangan itu sedang bersedia untuk mengumumkan kenaikan cukai dan pemotongan perbelanjaan berjumlah £60 bilion pada 17 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat