BOE Sedia Bertindak Jika Terbukti Risiko Inflasi Meningkat

244

Bank Pusat England (BOE) akan bertindak jika ia mendapati jangkaan inflasi yang lebih tinggi mendorong kenaikan upah, kata Gabenor Andrew Bailey yang mengungkapkan semula kenyataannya pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Bercakap semasa sesi soal jawab secara maya dengan orang ramai pada hari Isnin, Bailey mengatakan terdapat risiko lebih banyak kesesakan dalam ekonomi, terutamanya dalam permintaan untuk buruh yang boleh merangsang jangkaan inflasi lebih tinggi.

Menjawab soalan tentang menjadikan inflasi lebih mudah difahami, Bailey memberitahu bahawa BOE kini kekurangan alat untuk mengawal harga gas yang semakin meningkat tetapi mereka tetap memantau peningkatan inflasi dalam ekonomi.

“Apa yang menjadi keprihatinan bank pusat adalah apabila rakyat mengalami peningkatan dalam inflasi seperti ini, kami mahu menghentikannya menjadi umum dalam ekonomi”, kata Bailey.

“Dan itulah sebabnya BOE perlu bertindak mengikut kadar faedah jika kami melihat bukti itu menjadi jelas”, tambahnya.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa sebarang keputusan untuk mengubah kadar faedah tidak boleh dilakukan begitu sahaja kerana ia memerlukan pertimbangan yang teliti.

Minggu lalu, BOE telah mengecewakan pasaran dengan mengekalkan kadar faedah pada 0.10%, berbeza dengan jangkaan untuk melihat kenaikan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat