BOE Yang Buat Hal, USD Kena Tempias!

366

Campur tangan Bank of England (BOE) telah membawa nafas baru buat pasaran mata wang dengan mendorong dagangan pound untuk meningkat semula.

Dalam langkah yang tidak dijangka, BOE mengumumkan pembelian sementara bon kerajaan UK yang bertarikh lama untuk menstabilkan pasaran yang telah terkesan akibat pengumuman pemotongan cukai oleh kerajaan UK.

BOE mengesahkan bahawa ia boleh membeli hanya £1.025 bilion dalam operasi kecemasan itu, jauh di bawah £5 bilion yang dirancang. Hasil bon jangka panjang menjunam susulan pengumuman itu.

Bank pusat itu juga menangguhkan operasi jualan bon pertama yang sepatutnya bermula minggu depan kepada 31 Oktober.

Susulan langkah ini, pound dan beberapa mata wang utama lain memaparkan kenaikan berbanding US dolar.

Bagaimanapun, kelegaan untuk mata wang pound mungkin bersifat sementara kerana UK masih perlu berhadapan dengan cabaran makroekonomi yang lebih besar seperti inflasi yang tinggi.

Melihat pergerakan raja mata wang, US dolar kembali merosot dari puncak tertinggi 20 tahun dengan indeks dolar didagangkan lemah sekitar harga 113.20 pada sesi Asia.

Ini menyusuli penurunan ketara dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 3.75%, dari paras tertinggi 14 tahun yang dicapainya pada Rabu pada 4.00%.

Sementara itu, euro pula meningkat susulan kemerosotan US dolar namun mata wang itu masih berlegar di sekitar paras terendah 20 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat