BoJ Boleh Berdikari Tanpa Harapkan Bantuan Hutang Dari AS : Kikuo Iwata

62

Bank of Japan, Timbalan Gabenor, Kikuo Iwata berkata pada Khamis bahawa tiada keperluan untuk membeli Hasil Perbendaharaan AS buat masa sekarang kerana Bank of Japan masih mampu menggunakan dasar pengurangan kewangan yang mencukupi melalui pembelian bon kerajaan Jepun.

Iwata memberitahu parlimen bahawa Jepun boleh mencapai sasaran inflasi sebanyak 2 peratus dan mencari jalan keluar daripada program pelonggaran kuantitatif tanpa membeli hutang dengan Amerika Syarikat.

Iwata memberi kenyataan terbabit ketika ditanya oleh parti pembangkang BoJ sama ada bank pusat itu telah kekeringan idea untuk mencari jalan keluar daripada program yang telah digunapakai ke dalam ekonomi, setelah liquity pasaran dinilai semakin perlahan.

Timbalan gabenor itu juga memberi ulasan terperinci serta menafikan dakwaan bahawa BoJ akan menggunakan jalan lain seperti membeli hasil perbendaharaan AS sebagai salah satu langkah baru di dalam pelonggaran dasar monetari.

Logam Sensitif Ini Terkesan Dengan Pengukuhan Matawang Gergasi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat