BoJ Menepati Sasaran Pasaran Dengan Mengekalkan Kadar!

23

Bank of Japan pada Selasa mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan pada paras yang stabil disamping memberikan pandangan cerah mengenai prospek ekonomi di Jepun. Beliau juga berkata bahawa yen melemah akan memulih kerana ia bakal meningkatkan permintaan luar negara serta mengukuhkan lagi potensi pemulihan.

Kata bank pusat tersebut, ekonomi Jepun akan memulih secara sederhana. Laporan kali ini dianggap lebih yakin daripada penilaian yang pernah dibuat pada 1 November lalu apabila ekonomi Jepun dikatakan akan memulih walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam eksport dan import.

Dalam mesyuarat itu juga, BoJ mengekalkan kadar faedah pada paras negatif 0.1 peratus. Bank pusat tersebut juga tidak merubah sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun pada sekitar sifar peratus.

Kesemua pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda dalam sidang media selepas tamat mesyuarat semakan dasar selama dua hari itu.

RBA Bersedia Untuk Menurunkan Kadar Jika Keadaan Mendesak

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat