Boleh Ke GBP/USD Pecah Rekod Lagi Lepas Capai Paras Tertinggi 5 Minggu?

129

Mata wang Pound berjaya catatkan paras tertinggi 4 minggu berbanding US dolar apabila corak kenaikan berjaya dikekalkan sehingga ke sesi terakhir dagangan minggu lalu.

Kelebihan dimanfaatkan oleh Pound ketika US dolar ketara melemah pada Khamis susulan dipengaruhi data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Namun, adakah corak kenaikan berjaya dikekalkan minggu ini?

Pelabur akan berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC selain data inflasi AS juga akan memainkan peranan memacu arah harga di awal minggu.

Jangkaan kadar faedah akan kekal di paras 5.25%, namun pelabur tidak menolak kemungkinan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar seperti kejutan yang dilakukan oleh bank pusat Australia dan Kanada pada minggu lepas.

Bagi Pound pula, data pekerjaan UK serta bacaan pertumbuhan ekonomi untuk April akan diperhatikan yang juga boleh mempengaruhi pergerakan semasa harga.

Jika diperhati pada carta pasangan mata wang GBP/USD, kenaikan yang dipaparkan minggu lalu hanya sedikit saja lagi untuk menyentuh paras tumpuan 1.26000.

Menyambung dagangan pembukaan sesi Asia di awal minggu ini, harga masih perlahan di sekitar tersebut, namun kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk isyarat meneruskan pergerakan bullish.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan menembusi rintangan 1.26000, paras ketinggian terbaru 5 minggu akan dicatatkan dengan sasaran harga untuk mencapai pula sekitar 1.27000.

Situasi tersebut akan diperlihatkan sekiranya Pound berjaya kekal baik seperti dagangan penghujung minggu lalu.

Namun jika US dolar lebih menyerlah minggu ini, harga bakal ditekan turun semula ke sekitar 1.25000 selepas melepasi zon 1.25400. Sokongan MA50 juga bakal diuji.

Jika tembus lebih rendah, harga boleh mencecah ke sekitar 1.24000 yang sebelum ini merupakan paras sokongan buat harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat