Bon Bitcoin Belum Ada Lagi, El Salvador Pula Dituduh Langgar Hak Asasi Manusia

244

Sejak pengumuman El Salvador mengenai rancangan untuk melancarkan bon Bitcoin pada November 2021, sehingga kini usaha tersebut masih lagi tertangguh.

Seperti mana yang pernah diberitahu sebelum ini, Menteri Kewangan El Salvador, Alejandro Zelaya mengatakan pelancaran tersebut ditangguh kerana keadaan pasaran yang tidak menentu rentetan perang Rusia-Ukraine yang berterusan.

Dalam temu bual terbaharu di program berita tempatan pada 1 Jun, Zelaya telah ditanya sama ada situasi dengan terbitan bon Bitcoin $1 bilion yang diumumkan beberapa bulan lalu telah berubah.

Namun, beliau menjawab bahawa tiada yang berubah memandangkan harga Bitcoin (BTC) terus terganggu oleh perang di Ukraine.

Pelan untuk bon itu sebahagiannya bagi membiayai pembinaan ‘Bitcoin City’ yang dibina berhampiran gunung berapi dengan idea bahawa tenaga geotermanya boleh dimanfaatkan untuk pelombong Bitcoin. Sementara separuh lagi daripada dana yang diperoleh akan dilaburkan ke dalam Bitcoin.

Ia juga sepatutnya dilancarkan pada pertengahan Mac 2022 tetapi Zelaya telah menangguhkannya atas alasan ketidaktentuan harga dengan memberi kemungkinan tarikh pelancaran baharu adalah sekitar bulan Jun sehingga September 2022.

Bagaimanapun, di sebalik pengangguhan ini, kerajaan negara itu kini terpalit dengan dakwaan bahawa ia telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran.

Dalam siasatan baharu yang dikeluarkan pada Khamis, kumpulan hak asasi yang berpangkalan di UK itu berkata sekurang-kurangnya 18 orang telah mati dalam tahanan negara sejak pentadbiran Presiden Nayib Bukele mengisytiharkan darurat untuk membendung keganasan kumpulan pada akhir Mac.

Meskipun begitu, populariti Bukele masih lagi tinggi dan tindakan kerasnya dilihat diterima ramai warga El Salvador menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan media tempatan pada 1 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat