El Salvador Dedahkan Rancangan Baru, ‘Bitcoin City’!

569

Baru beberapa bulan merasmikan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah di El Salvador, presidennya Nayib Bukele mahu menubuhkan Bandar Bitcoin pertama di dunia.

Jelasnya pada 20 November, penubuhan bandar tersebut akan sepenuhnya disokong oleh bon yang bersandarkan kepada Bitcoin bernilai $1 bilion, dengan kerjasama Blockstream dan Bitfinex.

Bandar Bitcoin atau dikenali sebagai Bitcoin City akan terletak di antara daerah La Uniόn dan gunung berapi Conchagua di timur La Uniόn.

Ini juga bermakna El Salvador akan pastikan kecukupan Bitcoin yang terhasil daripada tenaga geoterma sehingga meliputi timur negara, termasuk tidak akan mengenakan cukai kecuali cukai nilai ditambah (VAT).

Idea ini pada asalnya diusulkan oleh pendukung tegar Bitcoin, Max Keiser pada Jun 2021. Ketika itu, figura tersebut mendakwa bon Bitcoin akan membantu El Salvador daripada terikat dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bon Bitcoin (BTC)

Bukele memberi jaminan bon Bitcoin akan dilancarkan pada 2022 dengan jumlah sebanyak $1 bilion (RM 4.184 bilion), dalam bentuk token dolar USD selama 10 tahun.

Berikut rincian perancangan masa depan Bitcoin City:

  • Selain menfokuskan kepada bon Bitcoin, bakinya pula akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan perlombongan BTC yang menggunakan tenaga geoterma.
  • Kerajaan akan mula menjual Bitcoin dan membayar dividen tambahan kepada pelabur bermula 5 tahun akan datang.
  • Berdasarkan model Blockstream, pada hujung 10 tahun nanti, hasil tahunan bagi projek Bitcoin akan menghampiri 150%.

Usaha ini secara tidak langsung akan melahirkan El Salvador sebagai Singapura versi Amerika Latin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat