Boris Johnson Sudah ‘Letih’ – Tidak Akan Ada Lagi Rundingan Brexit!

339

Isu Brexit masih menjadi pembicaraan hangat dalam pasaran. Perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan Britain yang sering berubah-ubah menyebabkan pemain pasaran semakin hilang arah tuju.

Pada hari ini, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengeluarkan kenyataan melalui satu panggilan dengan ahli pentadbiran Greek bahawa tidak akan ada lagi rundingan perdagangan dengan EU kecuali EU mengubah pendiriannya dalam rundingan yang dijalankan.

Menurut jurucakap Johnson, susulan panggilan atas talian bersama Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, beliau (Johnson) menegaskan bahawa EU telah secara tegas menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan mengubah pendirian mereka dalam rundingan Brexit. Namun jika EU secara asasnya telah mengubah posisi mereka, maka UK akan bersedia untuk meneruskan rundingan dengan dasar baru.

Sementara itu, tinjauan Reuters turut menunjukkan terdapat 40% kemungkinan bahawa tiada perjanjian akan dibuat dalam hubungan perdagangan UK dan Kesatuan Eropah (EU) menjelang tarikh akhir tempoh peralihan, sama seperti yang diramalkan sebelum ini.

Pound sterling didagangkan susut 0.14% berbanding US dolar kepada paras 1.29 susulan laporan dikeluarkan dan para pelabur yang mengambil langkah berhati-hati ketika menanti perkembangan terbaru dalam rundingan perdagangan UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat