Brent Cecah Harga $90 Setong, Pasaran Minyak Makin Panas!

236

Komoditi hitam kekal didagangkan lebih tinggi ketika pasaran menuju penghujung minggu, disokong oleh kebimbangan terhadap bekalan yang terhad oleh pengeluar utama dunia berikutan krisis geopolitik.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan kukuh pada $87 setong, susut sedikit dari paras ketinggian terbaharu tujuh tahun yang dicatatkan pada $88.54 ketika sesi sebelumnya.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula menguat pada $89.70 setong, mengurangkan sedikit keuntungan yang dicatatkan di sekitar harga $91 sebelum ini, paras tertinggi sejak Oktober 2014.

Kedua-dua penanda aras kini berada di landasan untuk kenaikan mingguan keenam berturut-turut, yang juga menjadi peningkatan terpanjang mereka sejak Oktober 2021.

Dalam pada itu, pengukuhan harga diperkuatkan lagi dengan data ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan bacaan lebih baik daripada dijangkakan pada suku terakhir 2021.

Harga minyak telah meningkat sekitar 15% pada tahun ini berikutan ketegangan geopolitik antara pengeluar utama minyak dunia, Rusia-Ukraine serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pemberontak Houthi Yaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat