BREXIT: Cadangan Terbaru Oleh Britain. Fantasi Atau Realiti?

149

Britain menggariskan perancangan untuk perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU) di masa hadapan pada Selasa dan juga perjanjian sementara bagi menjaga kepentingan syarikat-syarikat daripada kebimbangan Brexit. Cadangan oleh UK ini digambarkan sebagai ‘fantasi’ oleh salah seorang pegawai Kesatuan Eropah.

Rundingan ketika ini masih dilihat perlahan, di mana Perdana Menteri Theresa May mahukan rundingan lebih daripada ‘perjanjian perpisahan’ tentang bagaimana hubungan selepas Brexit boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kesatuan Eropah berkata mereka akan mengkaji cadangan tersebut dengan teliti yang termasuk perjanjian sementara dan juga dua cadangan bagi hubungan dagangan yang baru, tetapi menegaskan perjanjian perpisahan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menteri Brexit, David Davis dalam kenyataannya berkata, “UK adalah rakan dagang terbesar EU dan ia adalah kepentingan bagi kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian hubungan di masa hadapan.”

UK sebelum ini gagal untuk membawa EU ke dalam perjanjian hubungan dagangan selepas Brexit, di mana EU berpendapat perlunya UK keluar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian tentang hubungan dagangan.

EU mahu kedua-dua pihak menetapkan terma Brexit yang termasuk hak kerakyatan, isu sempadan Ireland dan pembayaran kewangan.

Ahli parlimen Eropah, Guy Verhofstadt memberi komen tidak menyenangkan di mana beliau berkata, “Untuk berada di dalam atau di luar ‘custom union‘ dan ‘sempadan yang sukar dilihat’ adalah fantasi. “Pertama sekali perlu menyelesaikan hak kerakyatan dan pembayaran kewangan.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat