Britain Harus Berdikari Walaupun Tanpa Sokongan EU Selepas Brexit – Mervyn King

40

Menurut bekas Gabenor Bank of England semalam, Britian perlu tampil dalam membuat keputusan dasar imigresen sendiri tanpa perlu bergantung harap dengan pasaran tunggal Kesatuan Eropah selepas Brexit.

Mervyn King iaitu pengemudi dasar kewangan UK selama hampir 10 tahun sehingga 2013 memberitahu BBC bahawa penyokong dan pengkritik EU perlu menilai Brexit sebagai satu peluang.

Beliau turut berpendapat bahawa Britain harus lebih berdikari dan tampil yakin tanpa bergantung dengan mana-mana pihak.

Kebanyakan ahli ekonomi menyokong keahlian berterusan Britain terhadap pasaran tunggal kerana kehilangan akses penting itu mungkin menolak nilai sterling menjunam lebih teruk.

King juga berkata bahawa referendum jelas menunjukkan bahawa kawalan imigresen adalah sesuatu yang tidak boleh dirunding.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata sebelum ini bahawa beliau akan memulakan proses rasmi bagi meninggalkan EU pada 30 Mac akan datang dan menilai hubungan perdagangan yang boleh dicapai selepas proses itu.

Sejauh Mana OPEC dan Non-OPEC akan Mematuhi Perjanjian Ini? 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat