Broker XM Masih Tidak Menafikan Secara Jelas Kontroversi Pejabat Mereka Diserang di China Kerana Bermasalah Dengan IB dan Pelanggan

534

Menurut sumber website FinanceFeeds yang pertama melaporkan isu ini, pihak XM yang menghubungi mereka sehingga kini tidak memberikan situasi jelas tentang kontroversi yang terjadi pada pejabat mereka di China.

Pada tempoh hari, dilaporkan pejabat Broker XM di Shanghai, China telah diserbu oleh IB mereka sendiri disertai oleh Pihak Polis China. Ini berikutan dakwaan mereka yang Broker XM tidak membayar komisen yang dijana oleh mereka, berikutan “scalping strategy” yang digunapakai walaupun syarat tersebut tidak terlarang di dalam terma dan syarat bersama IB mereka di China.

Permulaan masalah di pasaran China dilihat sebagai satu ancaman kepada Broker Forex yang kebanyakan bermasalah selepas mempunyai masalah dengan pelanggan mereka di China. Ini disebabkan oleh pasaran China menjadi penyumbang besar dalam keuntungan syarikat mereka.

Ini dapat dilihat jelas apabila dua buah broker besar sebelum ini juga ‘gulung tikar’ apabila mempunyai masalah dengan pelanggan mereka di China. Dua buah broker tersebut adalah IronFX dan Atlas Capital (ACFX). IronFX yang dilihat diberi peluang oleh oleh badan regulator dari Cyprus (CySec) untuk terus beroperasi “demi membayar hutang”, masih gagal membayar orang ramai selepas dua tahun bermasalah. Pelanggan sudah menunggu lebih daripada 2 tahun masih tidak mendapat sebarang pembayaran modal mereka.

Pelanggan ACFX sehingga kini juga tidak mendapat bayaran balik modal deposit mereka selepas broker tersebut juga mempunyai masalah sama dengan pelanggan dari China.

Selepas beberapa hari FinanceFeeds, website utama yang melaporkan berita tentang masalah Broker XM di China, pihak XM mengeluarkan kenyataan rasmi tentang maklumat tersebar kemungkinan tidak benar dan khabar angin dan tidak memberikan rujukan tentang “maklumat mana yang tidak benar”. Dan beberapa hari pula selepas itu, pihak XM menyalurkan maklumat melalui website FinanceMagnates yang ‘sumber yang melaporkan masalah mereka di China’ tersebut sudah ditarik balik. Terdapat beberapa perkara yang meragukan buat masa ini.

FinanceFeeds menimbulkan tanda tanya apabila pihak XM hanya memberikan “non-descript disclaimer” iaitu kenyataan rasmi yang tidak menjelaskan apa sebenarnya terjadi.

Melalui komen di website FinanceFeeds juga, pengasas FinanceFeeds iaitu Andrew Saks McLeod memberitahu yang perkara dilaporkan mereka tidak berat sebelah. FinanceFeeds mendapatkan sendiri laporan itu dari pihak ‘Chinese Government Officials’ melalui wartawan Chinese mereka di sana, termasuklah gambar yang diberikan oleh pihak IB dan Govt di sana.

“Jika laporan ini betul-betul berat sebelah, XM sepatutnya menafikan perkara tersebut terjadi dalam kenyataan rasmi mereka atau memberitahu apa sebenarnya yang betul-betul terjadi!,” komen Andrew.

Mengikut kenyataan Andrew lagi, “Beberapa IB yang terlibat sudah memberitahu yang perkara ini sudah diselesaikan tetapi tidak ada situasi jelas bagaimana ia diselesaikan, sama ada mereka di bayar ataupun media utama yang melaporkan kes ini dibayar untuk menarik balik kenyataan mereka.”

FinanceFeeds juga telah menghubungi CySec untuk mendapatkan maklumat lanjut, tetapi CySec tidak memberikan sebarang maklum balas kerana pada minggu lepas, Pengerusi CySec Demetra Kalogerou baru sahaja memberikan kenyataan “anti-IB”.

Sebuah lagi portal yang melaporkan perkara ini iaitu AtoZForex juga masih gagal mendapatkan info lanjut tentang , “apakah situasi yang betul-betul terjadi” dari pihak XM walaupun sudah dihubungi berkali-kali.

Pihak Moshed.com melihat perkara ini sebagai perkara yang serius perlu diambil langkah berjaga-jaga oleh trader-trader, kerana beberapa kes sudah terjadi yang sama oleh beberapa broker Market Maker bermasalah sebelum ini seperti Ironfx dan ACFX.

Kenyataan ini juga dikeluarkan atas sebab Moshed.com ingin membela hak-hak trader, memberikan peringatan awal untuk kebaikan bersama.

Ini juga adalah atas tujuan memberikan maklumbalas kepada semua pembaca yang pihak Moshed.com sentiasa bertindak profesional dalam melaporkan sebarang berita untuk ingatan umum sekaligus menjadikan Moshed.com adalah sumber Berita Ekonomi dan Berita Industri Kewangan yang dipercayai.

Kenyataan balas daripada pihak Broker dan IB yang mempunyai kepentingan terhadap bisnes mereka dilihat sebagai memberikan kesan kepada reputasi Moshed.com, dan artikel ini bertujuan membetulkan persepsi dan supaya pembaca dapat menilai sendiri.

Jika anda tidak mahu terlepas sebarang kemaskini, update serta berita, sila subscribe Newsletter di Moshed.com dengan – KLIK SINI

Sumber :

FinanceFeeds : Artikel 1
FinanceFeeds : Artikel 2

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat