BTC Meraung Sakit, Adakah Harganya Bakal Berdarah Lagi?

245

“Hmmm harga BTC nampak macam nak turun lagi tapi tak tahulah kalau tiba-tiba naik pula.”

Harga Bitcoin (BTC) nampaknya menjunam sehingga $28,860 apabila produk pelaburan mata wang kripto menyaksikan aliran keluar $6.5 juta pada minggu pertama selepas empat minggu berturut-turut terdapat aliran masuk berjumlah $742 juta daripada institusi.

Rentetan itu, para pedagang berpandangan pembelian oleh institusi telah tamat susulan kebanyakannya bertindak menjual pegangan BTC masing-masing.

Selain BTC, seluruh pasaran kripto turut mengalami tekanan jualan ketara apabila aset digital bernilai lebih $90 juta dicairkan dalam sejam dan $150 juta dalam tempoh 24 jam lalu.

Hasil bon kerajaan di seluruh dunia turut susut apabila hasil nota Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) jatuh pada 3.81% tetapi pedagang kini sedang bersedia untuk keputusan kadar faedah daripada Federal Reserve (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan (BOJ).

Bagaimanapun, BTC dijangka akan membuat penurunan terlebih dahulu sebelum meneruskan pergerakan bullish namun harganya perlulah melepasi zon rintangan kuat pada $30,400 untuk menunjukkan aliran kenaikan sudah bermula.

Ramai pelabur sungguh yakin harga BTC akan canak susulan baki aset digital itu untuk pemegang jangka panjang telah meningkat secara ketara dalam tempoh 30 hari lalu manakala baki BTC dipegang selama 155 hari atau lebih berjaya raih 62,000 BTC.

Keseluruhannya, bekalan pemegang BTC jangka panjang mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu 14.52 juta BTC yang membawa makna sekitar tiga perempat daripada bekalan edaran aset digital itu telah berada di tangan pemegang jangka panjang.

Jadi di sini ingin ditegaskan bahawa tekanan jualan secara tiba-tiba adalah tanda-tanda kenaikan harga untuk pasaran kripto termasuk BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.77% pada paras $29,068 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $565 bilion manakala Ethereum (ETH) pula tergelincir 1.58% pada $1,847 dan Ripple (XRP) susut 5.23% pada $0.69.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat