Buat ‘U-Turn’, Spotify Tutup Operasi Di Rusia

285

‘Menyesal Spotify buka pejabat awal-awal, sekarang kena tutup pulak. Orang Rusia lepas ni tak boleh la dengar lagu Gatal-Janna Nick tu.’

Spotify ikut jejak Apple Inc dengan menutup pejabatnya yang ditubuhkan di Rusia sebagai menyahut seruan Barat untuk menyekat Moscow yang bertindak menyerang Ukraine.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Spotify, mereka menyatakan bahawa keselamatan pekerjanya adalah keutamaan dan mereka akan terus berusaha menjadi sumber penting bagi berita global serta serantau.

Tambah lagi, mereka telah menyemak beribu-ribu kandungan sejak perang bermula dan menyekat kebolehtemuan saluran yang dimiliki atau dikendali oleh media gabungan Rusia, RT dan Sputnik.

Umum mengetahui bahawa kerajaan Rusia mewajibkan syarikat media sosial asing untuk menubuhkan pejabat di Rusia atau mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi di negara tersebut.

Sebelum ini, Spotify telah pun melengkapkan penubuhan pejabatnya di Rusia, namun kini bertindak menutupnya atas dasar menyokong ‘kemanusiaan’ dan menentang ‘serangan tanpa provokasi ke atas Ukraine’.

Tindakan Spotify ini dilihat mengikuti Apple yang menutup kedainya di Rusia sebagai bantahan kepada tindakan kejam Rusia.

Dalam pada itu, pihak Spotify berkata ia akan memadankan derma pekerja berdasarkan ratio, bagi menyokong usaha kemanusiaan tempatan.

Dalam satu berita berasingan, peruncit ke-2 terbesar dunia, H&M turut menghentikan penjualan produknya di Rusia.

Kenyataan rasmi H&M mengesahkan tindakannya untuk menyokong ‘mereka yang tidak bersalah dan dizalimi’, merujuk kepada Ukraine yang diserang secara ‘ganas’ oleh Rusia.

Menurut data, Rusia adalah pasaran ke-6 terbesar H&M, dengan mempunyai lebih 150 cawangan kedai di Rusia dan menyumbang 4% daripada jualan kumpulan bagi suku ke-4 2021.

Selain itu, beberapa kedainya di Ukraine juga terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat