Apple Sekat Rusia, Tiada Lagi iPhone Buat Vladimir Putin Lepas Ni

1,537

‘Selepas industri media sosial dan syarikat penstriman, kini beberapa jenama besar AS turut memulaukan Rusia.’

Beberapa syarikat jenama besar dari Amerika Syarikat (AS) telah bertindak menyekat produk serta perkhidmatan mereka sebagai respon penentangan terhadap tindakan Rusia yang menyerang Ukraine.

Memasuki seminggu selepas kerajaan pemerintahan Vladimir Putin bertindak menyerang Ukraine, Apple; Ford dan; Harley-Davidson juga dilihat menyertai beberapa gergasi media sosial dan syarikat penstriman yang mengenakan sekatan kepada Rusia.

Ini adalah ringkasan mengenai beberapa syarikat besar AS yang turut mengutuk tindakan Rusia itu.

Apple

  • Apple telah menghentikan penjualan produk iPhone dan seumpamanya di Rusia.
  • Ia juga telah menyekat muat turun aplikasi bagi beberapa perkhidmatan berita yang disokong kerajaan di luar Rusia, selain mengumumkan kemudahan Apple Pay dihadkan.
  • Di samping itu, ia turut mematikan 2 fungsi traffic dan ‘live incidents’ pada Apple Map di Ukraine sebagai langkah keselamatan bagi penduduk Kyiv.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook dalam satu kenyataan menyuarakan rasa simpati dan sokongannya kepada Ukraine yang terkesan oleh tindakan ganas Rusia.

Google

  • Alphabet Inc telah menggugurkan penerbit berita yang disokong kerajaan Rusia.
  • Ia telah menghalang saluran RT dan beberapa lain daripada menerima wang bagi iklan pada laman web, aplikasi dan video YouTube miliknya.
  • Tindakan ini selari dengan Microsoft yang turut sama mengeluarkan aplikasi mudah alih RT dari Window Apps Store serta menghalang media yang menyokong Rusia.

Ford Motor dan Harley-Davidson

  • Ford yang memiliki 3 kilang hasil kerjasama dengan Rusia telah bertindak menangguhkan operasinya di negara tersebut.
  • Pihak Ford telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Rusia seterusnya bertindak menangguhkan operasi kilangnya yang berada di Rusia sebagai simbol penentangan.
  • Harley-Davidson telah menghentikan penghantaran motosikalnya ke Rusia sebagai langkah sekatan terhadap kerosakan yang telah dibuat hasil serangan yang dilakukan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat