TikTok & Netflix Turut Merasai Tempias Perang Rusia-Ukraine

548

‘Gergasi media sosial dunia dah bersuara, kini giliran gergasi penstriman pula.’

Tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyerang kerajaan Ukraine telah mendapat tentangan hebat di seluruh dunia.

Sekatan demi sekatan dikenakan ke atas Rusia daripada SWIFT kepada beberapa gergasi media sosial lain.

Berikut pula adalah beberapa sekatan baharu yang dikenakan ke atas Rusia oleh syarikat penstriman video dunia dan aplikasi perkongsian video pendek.

TikTok

  • Pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor, meminta TikTok milik ByteDance untuk menghentikan penyebaran kandungan berkaitan ketenteraannya daripada disyorkan kepada pengguna bawah umur.
  • Beliau mendapati terdapat beberapa video melibatkan ‘operasi ketenteraan khas’ Rusia serta video penyokong anti-Rusia yang dipaparkan pada aplikasi tersebut.
  • Seorang jurucakap TikTok telah mengesahkan bahawa ia telah menyekat akses kepada saluran media negara Rusia, RT dan Sputnik di seluruh Eropah, mengikuti langkah sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU).
  • TikTok yang popular dikalangan pengguna remaja dan turut memiliki versi aplikasi khas bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun, tidak diberitahu secara spesifik mengenai had lingkungan umur bagi mengesyorkan kandungan tersebut oleh pengawal selia Rusia.
  • Pihak TikTok masih tidak memberi sebarang respon berkenaan permintaan Roskomnadzor itu.

Netflix

  • Netflix tidak bercadang untuk menambah saluran berkaitan kerajaan ke dalam perkhidmatan penstrimannya di Rusia walaupun terdapat peraturan yang memerlukan ia untuk mengedarkan saluran yang disokong kerajaan.
  • Pihak Netflix telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan berbuat sedemikian ekoran keadaan semasa yang melibatkan Rusia menyerang Ukraine.
  • Rusia yang melancarkan perkhidmatannya di Rusia pada Oktober 2020 sepatutnya perlu mematuhi peraturan baharu negara Vladimir Putin tersebut bermula 1 Mac.
  • Menurut Roskomnadzor, syarikat penstriman tersebut perlu mengedarkan 20 saluran berita, sukan dan hiburan yang disokong oleh kerajaan Rusia.
  • Setakat ini, Netflix memiliki lebih 100,000 pelanggan di Rusia.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat