AS, EU Dan UK Setuju Sekat Rusia Dari SWIFT

623

Kesatuan Eropah (EU) akhirnya bersetuju untuk menyertai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dalam menyekat beberapa bank Rusia daripada sistem pembayaran antarabangsa utama, SWIFT.

Sebelum ini, beberapa pemimpin EU telah menentang cadangan tersebut kerana bimbang ia akan memberi impak besar kepada perdagangan antarabangsa dan menjejaskan ekonomi mereka.

Persetujuan ini juga akan melibatkan pembekuan aset-aset bank pusat Rusia yang boleh mengehadkan keupayaannya untuk mengakses rizab luar negara.

Ini bertujuan untuk terus mengasingkan Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa, menurut satu kenyataan bersama susulan laporan tersebut.

Rusia sangat bergantung pada sistem SWIFT dalam pengeksportan minyak dan gas utamanya. Sekatan ini adalah langkah paling ‘tegas’ dikenakan setakat ini terhadap Kremlin susulan serangannya ke atas Ukraine.

Walaupun ia akan menjejaskan ekonomi Rusia, namun terdapat sistem alternatif yang dipanggil Sistem Pemindahan Mesej Kewangan (SPFS) yang dicipta Rusia selepas Crimea pada 2014.

Jerman antara negara yang mempunyai kebergantungan paling tinggi terhadap Rusia yang membekalkan dua pertiga daripada gasnya. Sekatan terhadap projek saluran paip Nord Stream 2 dari Rusia ke Jerman dilihat akan menjejaskan ekonomi terbesar di Eropah itu.

Dengan keputusan yang dibuat untuk menyekat Rusia daripada SWIFT, ia dilihat sebagai satu cara untuk meminimumkan kelemahan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat