‘Counter Attack’ Dari Rusia, Facebook & Google Berdepan Penalti

3,497

‘Asyik kena serang je, giliran Rusia buat counter attack.’

Alphabet Inc (Google) dan Meta Platforms Inc (Facebook) antara gergasi internet dan teknologi yang bakal dikenakan denda oleh Rusia selepas mereka gagal membuka pejabat tempatan di bawah undang-undang komunikasi negara tersebut.

Menurut undang-undang komunikasi yang diluluskan oleh Vladimir Putin pada Julai 2021 lalu, syarikat media sosial asing yang mempunyai lebih 500,000 pengguna harian diwajibkan untuk membuka pejabat tempatan atau ia akan disekat secara langsung oleh kerajaan.

Di bawah perundangan itu, pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor telah menyenaraikan 13 syarikat yang perlu menubuhkan pejabat secara rasmi di tanah Rusia sebelum Mac.

Namun, ekoran tindakan Rusia yang menyerang Ukraine sehingga mencetus beberapa siri sekatan oleh negara-negra lain, kebanyakan syarikat gergasi internet dan teknologi yang termaktub di bawah undang-undang Rusia boleh dikenakan penalti kerana gagal mematuhi peraturan tersebut.

Ini adalah beberapa syarikat yang sudah menubuhkan pejabat rasmi dan yang masih belum berbuat sedemikian.

Sudah Buka Pejabat Tempatan di Rusia

  • Apple Inc
  • Spotify Technology
  • Rakuten Group Inc (Viper apps)

Belum Buka Pejabat Tempatan di Rusia

  • Alphabet Inc (Google)
  • Meta Platforms Inc (Facebook)
  • Twitter Inc
  • ByteDance (TikTok)
  • Zoom Video Communication Inc
  • JOYY Inc (Likee apps)
  • Discord
  • Amazon.com Inc (Twitch)
  • Telegram
  • Pinterest Inc

Menurut ketua hal ehwal global Meta, Nick Clegg, mereka masih dalam perbincangan dengan pengawal selia Rusia sehingga perang diantara Ukraine tercetus.

Dalam pada itu, Menteri Luar Rusia berkata Facebook dan Google bertanggungjawab ‘menghasut perang’ diantaranya dengan Ukraine.

Roskomnadzor menyatakan bahawa perkhidmatan internet luar mendiskriminasi media Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat