Buffett Belanja Besar Untuk Beli Semula Berkshire

1,411

Warren Buffett terpaksa berbelanja lebih banyak wang untuk membeli semula saham Bershire Hathaway Inc berbanding mengumpulkan pelaburan ekuiti terbesarnya di Apple Inc.

Berkshire terpaksa membelanjakan lebih US$20 billion bagi membeli semula sahamnya sejak pertengahan 2018 berbanding nilai yang digunakan dalam mengumpul pegangan Apple hingga akhir tahun lalu.

Buffett melaburkan US$51 billion dalam pembelian semula sejak perubahan kepada polisinya lebih 3 tahun lalu dan terus memperoleh sekurang-kurangnya US$1.7 billion sejak September.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire, Buffett telah membina Berkshire menjadi sebuah konglomerat yang bernilai lebih daripada US$650 billion terpaksa menanggung pemerolehan “bersaiz gajah” syarikatnya itu dan kegagalan beliau dalam memburu perjanjiannya baru-baru ini telah menyebabkan dia semakin bergantung pada pembelian balik dengan lebih daripada US$20 billion sebagai satu cara untuk meletakan rekod tunai Berkshire terus berfungsi.

Ini merupakan satu perubahan besar bagi seorang CEO yang sebelum ini mengelak pembelian balik dan lebih suka membelanjakan wang untuk membeli saham syarikat lain.

Segalanya berubah pada 2018 apabila lembaga pengarah syarikat menarik balik had pembelian balik di mana ia telah memberikan Buffett serta rakan niaganya Charlie Munger lebih fleksibiliti dalam membahagikan keuntungan.

Menurut penganalisis Edward Jones, Jim Shanahan berkata, semua aktiviti beli balik, walaupun besar dari segi saiz, tidak mencukupi untuk mengurangkan sebahagian daripada tunai konglomerat. Berkshire mengakhiri September dengan rekod US$149.2 bilion dana dalam tabungnya.

Tambahnya lagi, pembelian balik adalah baik namun baki tunai akan meningkat semula dan tunai kini sudah menghampiri US$150 billion.

Perniagaan yang berpangkalan di Omaha, Nebraska itu melaporkan pendapatan suku ketiga pada Sabtu mencatat keuntungan operasi sebanyak 18% yang disokong oleh pendapatan dan hasil kukuh daripada perniagaan tenaganya. Ia membantu mengimbangi lebih banyak kerugian pada kumpulan penanggung insuran yang telah dilanda malapetaka seperti Ida Hurricane dan tuntutan yang lebih kerap daripada pemandu di syarikat insurans kereta Geico.

Berkshire turut mendedahkan bahawa ia membeli balik sebanyak US$1.7 billion dalam stok dari akhir September hingga 27 Oktober. Whitney Tilson dari Empire Financial Research, yang telah menghadiri mesyuarat tahunan Berkshire selama lebih daripada dua dekad memuji pembelian balik itu namun menyatakan bahawa dia masih lebih suka melihat Buffett mengintai pelaburan saham yang menguntungkan seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat