Bukan Berita Baik, Tapi Kadar Pengangguran UK Cecah Rekod Baru!

356

Mengejutkan pasaran pada sesi Eropah yang menyaksikan kadar pengangguran UK ke paras terendah sejak 1974 dalam tempoh tiga bulan hingga Ogos.

Bagaimanapun, ini bukanlah berita baik buat Bank of England (BOE) memandangkan penurunan tersebut didorong oleh pekerja yang meninggalkan pasaran buruh.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), kadar pengangguran UK turun kepada 3.5% daripada 3.6% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Daripada angka itu, bilangan orang yang dikelaskan sebagai tidak aktif (tidak bekerja atau mencari kerja) melonjak sebanyak 252,000 iaitu peningkatan terbesar sejak rekod bermula pada 1971.

Angka yang dicatatkan ini secara tidak langsung menambah kebimbangan tentang kekurangan buruh yang menyukarkan syarikat untuk mencari pekerja yang diperlukan untuk berkembang.

Ia juga dilihat akan mendorong kepada kenaikan gaji dan menambah tekanan inflasi, sekali gus menyukarkan BOE untuk melawannya dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Berbeza pula dengan pandangan Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng yang melihat angka itu sebagai menunjukkan kekuatan di UK.

Ujarnya dalam satu kenyataan, asas ekonomi UK kekal berdaya tahan dengan pengangguran pada tahap terendah hampir 50 tahun.

Purata pertumbuhan pendapatan tidak termasuk bonus menokok kepada 5.4% yang memperlihatkan tekanan meningkat dalam taraf hidup berjuta-juta isi rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat