Bursa Cerminkan Kejatuhan Besar Wall Street, Ringgit Pula Macam Mana?

255

Berdasarkan kerugian besar yang dialami Wall Street, Bursa tempatan turut dibuka pada nota negatif pada hari ini.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran ekuiti negara dilihat mencerminkan penjualan besar-besaran Wall Street dengan jangkaan kenaikan kadar faedah lebih agresif cemarkan keyakinan pelabur tempatan.

Atas faktor tersebut sentimen pasaran tempatan mungkin bertukar negatif dengan kaunter teknologi mengambil isyarat penjualan terbesar pada Nasdaq sementara saham defensif seperti perbankan dan pengguna menjadi pilihan.

Dalam pada itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.08 mata pada 1,476.76 daripada penutupan Selasa pada 1,487.84 dengan pembukaan lemah 12.60 mata pada 1,475.24.

Di pasaran meluas, kerugian pada 496 atasi keuntungan pada 31, manakala 107 kaunter pula tidak berubah, 1,717 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 209.85 juta unit bernilai RM106.46 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan  Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM8.91 dan RM4.51, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 9 sen pada RM8.62, CIMB Group Holdings Bhd susut 3 sen pada RM5.42 dan IHH Healthcare Bhd hilang 4 sen pada RM6.16.

Saham aktif memperlihatkan Velesto Energy Bhd turun 1.5 sen pada 10 sen, Reach Energy Bhd dan  Metronic Global Bhd jatuh 0.5 sen pada 3.5 sen dan 2 sen sementara SNS Network Technology Bhd serta Aimflex Bhd susut 1 sen pada 28 sen dan 14.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas kuncup 104.93 mata pada 10,493.33, FBMT 100 susut 97.83 mata pada 10,242.39, FBM Emas Shariah turun 142.91 mata pada 10,577.57, FBM 70 jatuh 205 mata pada 12,609.43 dan FBM ACE junam 125.62 mata pada 4,775.10.

Segi sektor, indeks Tenaga kurang 19.22 mata pada 708.45, indeks Perladangan hilang 46.99 mata pada 6,951.91, indeks Produk dan Perkhidmatan jatuh 2.48 mata pada 180.97 dan indeks Perkhidmatan Kewangan susut 63.50 mata pada 16,603.49.

Sementara itu, Ringgit susut berbanding dolar pada 4.5200/5220 daripada 4.5070/5085 yang mengembalikannya ke paras terendah 24 tahun baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat