Bursa Malaysia Bergerak Positif, Berjaya Tembus Paras Sukar 1,500 Mata!

276

Bursa Malaysia dibuka pagi tadi lebih rendah namun ia bertukar positif tidak lama kemudian dan meneruskan kenaikannya yang dicatat semalam.

Pasaran tempatan dilihat melawan arus aliran serantau yang susut selepas saham-saham Amerika Syarikat (AS) ditutup semasa cuti umum dan para pelabur mula memerhatikan alasan di sebalik tindakan bank pusat China menangguhkan pemotongan kadar faedah semalam.

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.34 mata kepada 1,502.45 daripada paras 1,501.11 pada akhir urus niaga sebelum ini. Indeks itu dibuka susut 0.81 mata kepada 1,500.82.

Jumlah dagangan sebanyak 550.29 juta unit yang bernilai RM288.48 juta.

Sentimen pasaran secara keseluruhan adalah positif di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 248 berbanding 232. Manakala, 363 kaunter tidak berubah, 1,374 kaunter tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Menurut Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade berkata Wall Street ditutup berikutan sempena cuti umum memperingati Martin Luther King Jr Day semalam. Namun, ramai pelabur menjangkakan pasaran kekal hambar disebabkan laporan pendapatan yang bercampur-campur daripada bank-bank pada suku keempat 2023.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng menutup dagangan yang susut selepas para pelabur sedikit kecewa dengan tindakan bank pusat China yang mengekalkan kadar faedah selepas bank perdagangan utama negara itu menurunkan kadar deposit masing-masing.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,500 berikutan aktiviti belian saham-saham wajaran tinggi dalam pasaran.

Sementara itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut satu sen kepada RM9.07, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing turun dua sen kepada RM4.34 dan RM10.48, CIMB menambah dua sen kepada RM6.02 dan Petronas Chemicals pula naik satu sen kepada RM6.96.

Bagi saham aktif, Tanco naik tiga sen kepada 65.5 sen, waran Insas dan Eastern and Oriental masing-masing menambah dua sen kepada 41.5 sen dan 95 sen. Sealink International meraih 1.5 sen kepada 23 sen dan Hong Seng Consolidated pula tidak berubah pada 53.5 sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat