Bursa Malaysia Berubah Arah Tiba-Tiba, Saham Wajaran Tinggi Alami Tekanan

449

Bursa Malaysia bertukar rendah pada tengah hari (Isnin) disebabkan oleh tekanan jualan ke atas saham wajaran tinggi yang diterajui oleh sektor perladangan serta perkhidmatan kewangan.

Sime Darby Plantation Bhd susut sembilan sen kepada RM4.34 sesaham, Public Bank Bhd pada RM4.45 dan Malayan Banking Bhd (Maybank) pada RM9.50 iaitu susut tiga sen setiap satu.

Kaunter-kaunter ini menurunkan indeks komposit dengan gabungan 2.60 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut 1.99 mata kepada 1,547.12 berbanding penutup Jumaat lalu iaitu pada 1,549.11.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.18 mata lebih rendah pada 1,548.93 dan kini bergerak antara 1,546.48 hingga 1,553.90 pada sesi pagi.

Sentimen pasaran secara keseluruhan adalah negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 546 berbanding 377. Manakala, 433 kaunter lagi tidak berubah, 958 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.13 bilion unit yang bernilai RM1.50 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran akan memberi fokus pada sektor utiliti kerana saham berkaitan YTL disifatkan lebih mampan dari segi penilaian.

Mereka mendapati keputusan sektor teknologi sedikit positif pada minggu lepas dan percaya ia akan bertambah kukuh bermula pada suku kedua dan seterusnya.

Katanya lagi, keputusan kukuh daripada TM pada Jumaat lepas akan memberikan sokongan terhadap sektor telekomunikasi.

Melihat kepada situasi pasaran saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals Group Bhd susut enam sen kepada RM6.89, Petronas Gas Bhd susut 14 sen kepada RM17.92, dan Axiata Group Bhd susut tiga sen kepada RM2.74, manakala YTL Corp Bhd menokok tujuh sen kepada RM2. 54, dan CelcomDigi Bhd menokok empat sen kepada RM4.33.

Daripada saham aktif, Hong Seng Consolidated Bhd meningkat setengah sen kepada 2.5 sen, Ekovest Bhd susut setengah sen kepada 49 sen, dan Master Tec Group Bhd naik 9.5 sen kepada 63 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.57 mata kepada 11,508.79, Indeks FBMT 100 turun 11.82 mata kepada 11,160.35, Indeks FBM Emas Shariah susut 16.32 mata kepada 11,545.46, Indeks FBM 70 mengecil 6.02 mata dan Indeks ACE turun 44.76 mata kepada 4,841.13.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.57 mata kepada 17,316.82, Indeks Perladangan susut 33.56 mata kepada 7,214.27, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.55 mata kepada 177.30, tetapi Indeks Tenaga adalah 5.85 mata lebih tinggi kepada 5.74.935.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat