Bursa Malaysia Lancarkan Platform E-Pembelajaran!

630

Bursa Malaysia Bhd telah melancarkan sebuah platform E-Pembelajaran yang dikenali sebagai Bursa Academy, dikhususkan untuk pelabur runcit mempelajari saham, derivatif dan pasaran kewangan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata platform tersebut disediakan dalam pelbagai bahasa dan bebas untuk diakses. Ianya juga merupakan sebuah inisiatif untuk mendedahkan tentang kepentingan pendidikan kewangan buat para pelabur dan negara.

Selain itu, platform ini disediakan bagi membantu para pelabur dalam membuat keputusan yang tepat dalam pelaburan mereka. Tambahan daripada itu, pasaran kewangan pada masa kini dilihat semakin mencabar, jadi penggunaan teknologi digital adalah amat penting untuk menyebarkan maklumat yang efektif kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan semua, Bursa Academy adalah sebuah portal e-pembelajaran one-stop yang menggabungkan sesi ilmu pengetahuan dan permainan interaktif melalui sebuah platform yang mudah dan mesra pengguna. Di samping itu, ianya disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala Bahasa Mandarin dijangka akan diaplikasikan pada masa akan datang.

Tambahan daripada itu, Bursa Academy boleh diakses melalui Bursa Marketplace di www.bursaacademy.bursamarketplace.com.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat