Bursa Meneruskan Momentum Keuntungan Pada Hari Ini

147

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 1.09 mata pada 1,499.06 daripada penutupan Selasa pada 1,497.97.

Ia dibuka menaik selepas melantun semula dengan indek barometer yang dibuka pada paras 1,500.

Indeks dibuka 2.6 mata pada 1500.57.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 291 berbanding 100, manakala 226 kaunter pula tidak berubah, 1,670 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 202.64 juta unit bernilai RM115.75 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan rali semalaman pada Wall Street mungkin melimpah ke pasaran bursa tempatan semasa kebimbangan terhadap Omicron berkurang.

Tambahnya lagi, pasaran sedang tertumpu pada data inflasi ekonomi China dan indeks harga pengeluaran yang akan dikeluarkan pada Khamis.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd naik 6 sen pada RM8.44 sementara IHH Healthcare Bhd, Sime Darby Plantation Bhd dan Dialog Group Bhd tambah 3 sen pada RM6.58, RM3.78 dan RM2.52.

Genting Malayasia Bhd dan MISC Bhd macu 4 sen pada RM2.80 dan RM6.50.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd, MMAG Holdings Bhd dan NMP Holdings Bhd kekal pada 5 sen, 9 sen dan 24.5 sen.

G3 Blobal Bhd dan Kejuruteraan Asastera Bhd bertambah 0.5 sen pada 14 sen dan 29.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 24.5 mata pada 10,933.19, indeks FBMT 100 bertambah 20.28 mata pada 10,633.43 dan indeks FBM Emas Shariah mencanak 32.63 mata pada 11,807.46.

FBM 70 melonjak 76.79 mata pada 14,140.15 dan FBM ACE memacu 42.65 mata pada 6,308.35.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan naik 0.51 mata pada 193.88, indeks Perkhidmatan Kewangan tambah 15.62 mata pada 15,179.57 dan indeks Perladangan naik 11.56 mata pada 6,437.46.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat