Bursa Saham Asia Dibuka Lemah, Bursa Saham Jepun Mengalami Kejatuhan Terbesar

849

Bursa saham Asia juga mengalami nasib yang sama seperti bursa Wall Street apabila mengalami kejatuhan mendadak dalam pembukaan sesi dagangan pada hari Selasa.

Saham Australia mengalami kejatuhan besar apabila S&P/ASX 200 jatuh hampir 3%. Kebanyakkan saham sektor kewangan mengalami kejatuhan seperti saham Commonwealth Bank, Westpac Bank, National Australia Bank dan ANZ bank semuanya jatuh melebihi 2%.

Saham-saham minyak juga mengalami tekanan apabila BHP dan Rio Tinto jatuh melebihi 2%. Saham pasaraya terbesar Australia juga mengalami kemorosotan iaitu jatuh sebanyak 3.18%.

Indeks Nikkei Jepun lebih parah apabila jatuh melebihi 4%. Hal ini adalah disebabkan kejatuhan indeks Dow Jones yang jatuh hampir 1600 mata.

Bursa saham Indonesia dan Malaysia dibuka lemah iaitu jatuh melebihi 2%.

Penganalisis berpendapat kejatuhan saham-saham Asia adalah disebabkan kejatuhan saham di bursa Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat