Bye Ripple! MoneyGram, Stellar Jalin Kerjasama Cetus Lonjakan XLM Lebih 20%

2,019

Stellar Lumens (XLM) mencatatkan lonjakan harga selepas Stellar Foundation menjalankan kerjasama bersama perkhidmatan pengiriman wang, MoneyGram pada 6 Oktober.

XLM meningkat 20.45% daripada harga terendah harian $0.31 pada 5 Oktober kepada paras tertinggi harian $0.37 pada hari ini.

Bagaimanapun ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $0.36, masih meningkat hampir 13% dalam 24 jam.

Kerjasama antara dua pihak tersebut bertujuan untuk mewujudkan penambahbaikan pembayaran yang memudahkan pemindahan wang dan membolehkan penyelesaian segera dalam stablecoin, USDC.

Susulan daripada itu, United Texas Bank akan menjadi bank penyelesaian atau perantara diantara pengeluar USDC iaitu Circle dan MoneyGram.

Sebagai rekod, MoneyGram pernah bekerjasama dengan Ripple sejak 2019. Namun hubungan itu ditamatkan oleh MoneyGram pada pertengahan Mac susulan nasib Ripple yang tidak menjaminkan untuk jangka masa panjang.

Stellar ditubuhkan oleh bekas pengasas bersama Ripple, Jed McCaleb. Maka, boleh dikatakan wujud persaingan sengit diantara kedua-dua blockchain ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat