MoneyGram Noktahkan Hubungan Bersama Ripple

2,257

Gara-gara saman dari Securities and Exchange Commissions (SEC), hubungan Ripple dan MoneyGram ranap kerana nasib XRP yang tidak menjaminkan untuk jangka masa panjang.

Dalam keputusan terbaru, syarikat perkhidmatan pemindahan wang global itu mendedahkan mereka tidak merancang sebarang agenda atau manfaat daripada bayaran pembangunan pasaran Ripple bagi suku pertama 2021.

Buat masa sekarang, MoneyGram memiliki lebih $12 juta nilai bersih dari Ripple bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Jelas MoneyGram lagi, “Kerana ketidakpastian keputusan perbicaraan antara Ripple dengan SEC, kami telah menyekat perdagangan di platform Ripple.”

Hubungan Ripple dan MoneyGram terjalin sejak tiga tahun lalu, di mana MoneyGram integrasikan XRP ke dalam sistem pembayarannya. Tahun berikutnya, Ripple dan MoneyGram mewujudkan hubungan rakan kongsi bagi pembayaran rentas sempadan dan penyelesaian pertukaran asing dengan aset digital.

Pada November 2019, Ripple membuat pelaburan sebanyak $50 juta terhadap pertukaran tersebut. Sehingga Disember tahun lepas, Ripple telah menjual kira-kira $15 juta saham MoneyGram.

Namun, sejak SEC menfailkan saman kepada Ripple dan dua orang CEOnya, Brad Garlinghouse dan Christian Larsen, MoneyGram mula mengambil keputusan untuk berundur. MoneyGram juga menidakkan penggunaan On-Demand Liquidity Ripple dan perkhidmatan RippleNet bagi memindahkan dana pengguna.

MoneyGram bukan platform pertama yang berpaling daripada Ripple. Sudah banyak platform yang menyahsenaraikan XRP. Pada masa yang sama, walaupun saman SEC menyebabkan penyusutan harga altcoin tersebut, sejak kebelakangan ini matawang itu menunjukkan pergerakan yang positif dalam dua bulan.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.52, susut 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat