Canggih Dan Maju! Indonesia Perkenalkan Stablecoin Beras, RIC

1,793

Sebuah koperasi Indonesia, Penjaga Lilin Nusantara telah membangunkan Ricetron.com, platform taruhan DeFi yang bersandarkan pada blockchain TRON, bertujuan untuk penerbitan token RET (Rice Economy Token), token tadbir urus yang akan membiayai stablecoin, RIC (Rice Inventory Coin).

Pemegang RET akan menerima keuntungan 30% daripada yuran transaksi dan keuntungan perkongsian DeFi RIC yang mana sebaik sahaja platform DeFi berjalan akan diedarkan kembali sebagai Dividen Protégé ke wallet pemegang RET.

Setakat ini sebanyak 190,000 RET diterbitkan daripada jumlah keseluruhan, 269,000 RET. Ia merupakan token TRC-20 yang menggunakan blockchain TRX yang mana kelajuan dan yuran transaksi jauh lebih baik berbanding token ERC.

Sebelum ini Indonesia mengharapkan Badan Urusan Logistik (BULOG) untuk mengawal kestabilan harga yang mana menfokuskan kepada beras.

Bagaimanapun, ekoran daripada kekurangan kemahiran pembacaan data, dianggarkan kerugian mencecah 30,000 tan beras yang rosak setiap tahun yang menelan kos hampir $30 juta.

Idea dan cadangan daripada pengerusi Penjaga Lilin Nusantara, Mr. Steven Henry Raharjo ini juga membuka peluang kepada penyimpan beras untuk menerima beras tambahan pada hujung tahun termasuk memberi zakat dan derma kepada mereka yang memerlukan tanpa mengeluarkan tunai.

Selain itu, RIC boleh ditukarkan kepada simpanan dan cagaran DeFi dengan jaminan beras baru kepada pemegang RIC ketika pertukaran memandangkan ia bersandarkan kepada vaucar BULOG tanpa tamat tempoh.

1 RIC bersamaan 1Kg beras gred premium dan dijangka lebih banyak stablecoin beras akan dilancarkan dengan pelbagai gred beras.

Projek ini turut memberi manfaat kepada BULOG dalam membangunkan data pengguna, mengoptimumkan perolehan beras agensi dan paling penting mengurangkan kerugian belanjawan kerajaan setiap tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat