Capai Paras Tertinggi Terbaru, Cardano (ADA) Bakal Tembus $2?

1,451

Token kripto Cardano (ADA) akhirnya telah bangkit selepas consolidate di antara harga $1.30 hingga $1.40 sejak penghujung April.

Berdasarkan rekod harian, ADA berjaya mencatatkan lonjakan 14.4% ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $1.70 pada awal pagi tadi.

Khabar gembira daripada platform pertukaran kripto, Kraken yang melancarkan staking untuk token tersebut rupanya mendorong peningkatan harga yang tidak dijangka.

Tidak cukup dengan itu, aktiviti staking turut melibatkan ganjaran sehingga 4% dan 6% untuk penggunanya yang membantu melindungi rangkaian Cardano. Menariknya lagi, pengguna yang memiliki akaun Pro, Intermediate atau Starter akan menerima ganjaran staking setiap minggu.

Penganalisis berpendapat ADA kini sudah mula mahu meroket. Jika ADA mampu menembus dan bertahan di paras $1.55, ia berpotensi untuk mencecah $2.3.

Bagi yang memiliki ADA, teruskan hodl kerana rangkaian ini memiliki banyak projek yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Antaranya yang terbaru, penggunaan penyelesaian Atala PRISM sedang diusahakan secara besar-besaran di Afrika hasil usaha bersama kerajaan Ethiopia. Dijangka sekitar 5 juta pelajar akan menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses pendidikan termasuk rekod akademik yang tersedia di blockchain.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.61 dengan peningkatan hampir 11% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat