CBDC Boleh Dilaksanakan Di Rangkaian Ethereum – Arkitek Teknologi Yuan Digital

751

Ketua pegawai kawalan teknologi dan sains China Securities Regulatory Commission (CSRC), Yao Qian mencadangkan matawang digital bank pusat (CBDC) China, yuan digital untuk dijalankan di rangkaian Ethereum atau sistem pembayaran blockchain Facebook, Diem.

Kenyataan itu dibuat dalam sebuah pertemuan rasmi 2021 International Finance Forum (IFF) yang berlangsung baru-baru ini.

Jelasnya lagi, melalui inisiatif tersebut, bank pusat berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan BaaS bagi penyediaan secara langsung yuan digital kepada pengguna tanpa perantara.

Bagaimanapun, 7 aspek yang perlu dititikberatkan: 1. laluan teknikal, 2. nilai atribut, 3. rangka operasi, 4. faedah akruan, 5. pemberian/pengedaran, 6. implementasi kontrak pintar, dan 7. isu perundangan.

Misalnya bagi implementasi kontrak pintar, Yao berharap teknologi itu ‘matang’ terlebih dahulu.

Dan berkaitan perundangan, Yao akan memastikan perlindungan privasi pengguna dan ia patuh dengan asas polisi anti-penyelewengan wang (anti-money laundering) dan kenali pelanggan anda (know your customer).

Bagaimanapun, cadangannya tidak mewakili Public Bank of China (PBOC). Apa-apa pun, perlaksanaan yuan digital bergantung kepada institusi itu sama ada diteruskan berdasarkan cadangan Yao atau sebaliknya.

Figura ini sinonim dengan gelaran ‘crypto father’ kerana memiliki pengaruh dalam industri blockchain. Malah pernah menyandang jawatan pengarah Digital Currency Research Institute, PBOC sebelum digantikan dengan Mu Changchun pada September 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat