CEO FTX Dikenakan Hukuman Penjara 612,000 Tahun!

1,671

Setelah sekian lama krisis berlarutan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) ditahan di Bahamas untuk memberi keterangan dalam talian secara terperinci pada hari Selasa di hadapan House Financial Services Committee Amerika Syarikat (AS).

Ulas Peguam AS Daerah Selatan New York (SDNY), SBF telah ditahan atas permintaan kerajaan AS berikutan pemfailan dakwaan tertutup oleh SDNY.

Antara senarai tuduhan terhadap SBF yang akan didedahkan kepada umum adalah pengubahan wang haram, penipuan mengenai keselamatan serta penipuan komunikasi, konspirasi dan tidak dilupakan juga kerana mendedahkan terlalu banyak perkara.

Rentetan itu, SBF dijangkakan akan menghadapi hukuman selama 15 tahun kerana didakwa sebagai sosiopat megalomaniacal* dan merasuah seluruh Parti Demokrat.

*Gangguan psikologi yang menunjukkan gejala seperti khayalan keagungan dan obsesi terhadap kebesaran, kuasa atau kekayaan

Namun terdapat juga peguam menyatakan bahawa beliau akan dipenjarakan sehingga 612,000 tahun jika mengikuti garis panduan hukuman persekutuan manakala AS mungkin akan mengarahkan Bahamas menahan SBF melalui Akta Ekstradisi*.

*Tindakan di mana satu bidang kuasa menyerahkan seseorang yang dituduh atau disabitkan melakukan jenayah dalam bidang kuasa lain

Penahanan berikut dilaporkan berlaku sejurus selepas bekas CEO Alameda Capital, Carline Ellison mendapat nasihat daripada firma undang-undang DC WilmerHale susulan dikesan di New York City (NYC) pada minggu lepas.

Sementara itu, kebanyakan individu luahkan kekecewaan ekoran CEO baharu FTX, John Ray berkemungkinan besar tidak dapat menghadiri pendengaran kongres pimpinan Maxine Waters, dimana beliau akan menjawab segala persoalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat