CEO Twitter Letak Jawatan, Beralih Fokus Kepada Bitcoin (BTC)!

1,862

CEO Twitter, Jack Dorsey umum perletakkan jawatan pada malam tadi waktu Malaysia.

Berita itu dikongsi melalui kicauan di laman Twitter bersama screenshot emel yang dikirim kepada seluruh warga staf Twitter:

Dorsey menyerahkan jawatannya itu kepada ketua pegawai teknologi, Parag Agrawal, individu yang dia percayai dan kenal rapat. Manakala pengerusi lembaga diserahkan kepada Bret Taylor.

Laporan daripada media CNBC mendedahkan keputusan figura ini berkaitan spekulasi desakan daripada pemegangan saham Twitter, Elliott Management: “Pengasas Elliott Management, Paul Singer ragu-ragu dengan kebolehan Dorsey menguruskan dua firma, dan meminta Dorsey untuk meletakkan jawatan daripada salah satu firmanya.”

Dorsey merupakan CEO syarikat pembayaran kewangan, Square, Inc dan pendukung tegar mata wang kripto terutama Bitcoin (BTC).

Sepanjang khidmatnya sebagai CEO Twitter, Dorsey telah menerapkan kehadiran kripto di Twitter.

Misalnya, perlaksanaan ‘tip jar’ di laman Twitter pada September dengan sokongan daripada Square,Inc. Tidak cukup dengan itu, Dorsey sendiri telah menjual twit pertamanya sebagai non-fungible token (NFT).

Terbaru pada awal bulan ini, Twitter telah melantik seorang jurutera kripto, Tess Rinearson untuk integrasi aplikasi Web3. Dorsey juga sedang mengusahakan projek yang menfokuskan Bitcoin, dikenali sebagai ‘tbDEx’ yang dibangunkan melalui Square.

Maka, tidak mustahil jika keputusannya berkait rapat dengan Square kerana minatnya lebih menfokuskan kepada teknologi dan mata wang kripto.

Saham Twitter (TWTR) menyaksikan penyusutan hampir 1% susulan daripada khabar tersebut, didagangkan pada $46.58.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat