CEO Twitter Lancarkan Whitepaper DEX Bitcoin (BTC)

993

Selepas melancarkan fungsi pemberian tip dalam matawang kripto di Twitter pada September, CEO Twitter, Jack Dorsey teruja mengumumkan penerbitan whitepaper pertukaran desentralisasi (DEX) Bitcoin pada Jumaat.

Sebagai rekod, Dorsey telah memberi hint mengenai projek terbarunya ini sejak Julai.

Difahamkan DEX tersebut dikenali ‘tbDEX’ menghubungkan jurang antara matawang fiat dan bitcoin.

Tidak cukup dengan itu, tbDEX tampil berbeza dengan kebanyakan DEX kerana ia dibangunkan tanpa kehadiran token urus tadbir.

Sebaliknya, ia dibangunkan dengan keupayaan mewujudkan kepercayaan dalam kalangan peserta tanpa bergantung terhadap badan pusat untuk mengawal akses.

Kos transaksi di platform itu pula ditentukan oleh pasaran bebas, bergantung kepada jumlah informasi yang sanggup didedahkan oleh setiap peserta rangkaian.

Apa yang pasti, Dorsey mengharapkan lebih banyak ciri disertakan bagi memastikan tbDEX tidak terikat dengan konsep ‘terlalu’ desentralisasi.

Tidak mustahil juga dengan kehadiran ciri berpusat, tbDEX akan menarik lebih banyak sokongan daripada pendukung kripto walaupun masih belum jelas bilakah ia dilancarkan.

Whitepaper tbDEX juga mengalu-alukan sumbangan idea dari kalangan komuniti kripto dan pembangun yang berminat. Boleh dapatkan whitepaper ini di Github.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat