CEO Twitter Umum Square Bakal Tubuhkan Platform DeFi Bitcoin

210

Selepas mengumumkan penubuhan wallet Bitcoin (BTC) pada minggu lepas, pengasas Twitter, Jack Dorsey melalui twit terbarunya mendedahkan sedang membangunkan perniagaan terbaru yang mana menfokuskan kepada projek-projek berkaitan Bitcoin.

Jelas pengasas firma Square itu juga, projek yang dinamakan ‘TBD’ berkait rapat dengan penubuhan platform pembangun terbuka bagi mewujudkan perkhidmatan kewangan desentralisasi (DeFi) di Bitcoin.

Projek tersebut akan diketuai oleh ketua pembangunan strategik Square, Mike Brock dengan kerjasama bersama Seller, Cash App, dan Tidal.

Bagaimanapun, sukar untuk Bitcoin bersaing dengan Ethereum dari aspek DeFi memandang rangkaian kripto pertama itu tidak memiliki sokongan kontrak pintar.

Malah, jika dibandingkan dengan Ethereum, sedia maklum rangkaian Bitcoin dianggap lapuk kerana transaksi yang perlahan dan tidak efisien.

Melalui soft fork Taproot, ada potensi rangkaian ini lebih menarik dengan ketersediaan untuk membangunkan kontrak pintar. Ini bermakna, Dorsey perlu menunggu sehingga Taproot disiarkan secara rasmi nanti.

Setakat ini, Ethereum masih menjuarai sektor DeFi dengan kebanyakan platform berasaskan Ethereum mendominasi carta jumlah nilai terkunci (TVL).

Dilaporkan jumlah kumulatif TVL bagi keseluruhan protokol DeFi dicatatkan sekitar $82 bilion, meningkat 273% sepanjang 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat