Selepas mengumumkan penubuhan wallet Bitcoin (BTC) pada minggu lepas, pengasas Twitter, Jack Dorsey melalui twit terbarunya mendedahkan sedang membangunkan perniagaan terbaru yang mana menfokuskan kepada projek-projek berkaitan Bitcoin.
Square is creating a new business (joining Seller, Cash App, & Tidal) focused on building an open developer platform with the sole goal of making it easy to create non-custodial, permissionless, and decentralized financial services. Our primary focus is #Bitcoin. Its name is TBD.
— jack (@jack) July 15, 2021
Jelas pengasas firma Square itu juga, projek yang dinamakan ‘TBD’ berkait rapat dengan penubuhan platform pembangun terbuka bagi mewujudkan perkhidmatan kewangan desentralisasi (DeFi) di Bitcoin.
Projek tersebut akan diketuai oleh ketua pembangunan strategik Square, Mike Brock dengan kerjasama bersama Seller, Cash App, dan Tidal.
Bagaimanapun, sukar untuk Bitcoin bersaing dengan Ethereum dari aspek DeFi memandang rangkaian kripto pertama itu tidak memiliki sokongan kontrak pintar.
Malah, jika dibandingkan dengan Ethereum, sedia maklum rangkaian Bitcoin dianggap lapuk kerana transaksi yang perlahan dan tidak efisien.
Melalui soft fork Taproot, ada potensi rangkaian ini lebih menarik dengan ketersediaan untuk membangunkan kontrak pintar. Ini bermakna, Dorsey perlu menunggu sehingga Taproot disiarkan secara rasmi nanti.
Setakat ini, Ethereum masih menjuarai sektor DeFi dengan kebanyakan platform berasaskan Ethereum mendominasi carta jumlah nilai terkunci (TVL).
Dilaporkan jumlah kumulatif TVL bagi keseluruhan protokol DeFi dicatatkan sekitar $82 bilion, meningkat 273% sepanjang 2021.