China Bakal Lancar Undang-undang Baru Terhadap Hong Kong?

257

China dijangka akan melancarkan kawalan politik baru terhadap Hong Kong dalam pertemuan parlimen pada minggu ini, yang juga berkemungkinan akan menyaksikan penyatuan kekuasaan Presiden Xi Jinping.

Beijing merancang untuk memastikan hanya penyokong setia parti Komunis (patriot) yang dapat mentadbir Hong Kong, menurut kenyataan seorang pegawai tinggi China menjelang pertemuan tahunan Kongres Rakyat Nasional (NPC).

China sebelum ini telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia kerana memperkenalkan undang-undang keselamatan negara pada NPC tahun lalu, yang digunakan untuk mengekang gerakan pro-demokrasi Hong Kong.

Hal ini telah mengakibatkan pelbagai sekatan diplomatik dan perdagangan dikenakan ke atas Beijing, selain turut terpalit dengan isu-isu lain seperti pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang, pertikaian Laut China Selatan dan asal-usul coronavirus.

Menurut sumber dari kerajaan, kemungkinan perubahan itu akan menggegarkan proses kedua pemilihan Majlis Perundangan, dan pembentukan jawatankuasa untuk memilih pemimpin yang dikenali sebagai ketua eksekutif.

Pada masa ini, jawatankuasa ini merangkumi ahli majlis daerah, di mana majoritinya adalah dari parti pro-demokrasi yang menang besar dalam pemilihan pada November 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat