China Bangga Pasaran Kripto Sudah 90% Lenyap! Apa Pula Rancangan Seterusnya?

1,033

Agak-agak, China sudah ‘bersih’ daripada pasaran kripto?

Berdasarkan dapatan terbaru daripada bank pusat, People’s Bank of China (PBOC), negara itu masih menyaksikan 10% jumlah transaksi Bitcoin (BTC) global.

Ini bermakna selepas China mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan kripto, aktiviti dagangan telah susut dari rekod 90%.

Tidak cukup dengan itu, kesemua platform peer-to-peer (P2P) juga telah hentikan operasinya.

PBOC menyifatkan kadar transaksi kripto terendah ini merupakan satu pencapaian yang berjaya walaupun pelabur dan pelombong kripto masih aktif, cuma dalam skala yang sangat kecil.

Mungkin dengan wujudnya tindakan undang-undang baharu terhadap entiti berkaitan kripto, jumlah 10% itu akan bertukar sifar dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, China telah mengumumkan hukuman penjara 10 tahun jika pelabur dan pelombong kripto dikenalpasti kesalahannya: penipuan terhadap 5,000 mangsa atau mengundang kerugian sehingga 25 juta yuan!

Perlaksanaan undang-undang tersebut berkuatkuasa pada 1 Mac 2022.

Lebih mudahlah untuk China menfokuskan kepada pasaran non-fungible token (NFT) melalui kehadiran rangkaian perkhidmatan blockchain (BSN) dan metaverse yang kononnya mahu dijadikan sebagai sokongan kepada keruntuhan ekonomi negara gara-gara COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat