Tak Sangka! China Sedang Membangunkan Ekosistem NFT Tersendiri!

1,906

Rangkaian Perkhidmatan Blockchain (BSN) yang disokong kerajaan China sedang bersedia untuk melancarkan dagangan NFT dengan menjadi Yuan digital sebagai sarana pertukaran transaksi.

Hal ini dilihat sedikit klise, seperti yang telah dimaklumi bahawa China telah mengambil tindakan mengharamkan aset kripto di negara mereka namun tiba-tiba mereka merancang untuk memulakan transaksi aset digital melalui Yuan digital. Pada kali ini pula, China cuba meneroka dan mengambil posisi penting dalam sektor NFT yang semakin berkembang dari hari ke hari.

BSN sedang dalam gerak kerja menstruktur sistem penyokongan pemindahan NFT. Perstrukturan baharu ini dilaporkan bekerjasama dengan 20 platform utama antaranya Cosmos.

Rangkaian BSN tidak menyokong NFT dagangan aset kripto buat masa ini. Ia termasuk produk NFT yang dipindahkan sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan. Perniagaan dan individu akan dapat membangunkan pelbagai aplikasi untuk mengurus NFT dalam rangkaian ini. Pada akhir bulan ini, BSN akan mengeluarkan kemas kini untuk binaan yang akan menyokong produk NFT. Selepas itu pengaturcaraan akan diterbitkan dan hanya yuan digital akan digunakan.

BSN sedang bersedia untuk mengintegrasikan 10 rantaian berbeza yang mengawal rangkaian seperti Ethereum. Syarikat seperti Tencent, Baidu antara terawal yang melancarkan produk NFT pada rantaian blok terkawal ini. Koleksi digital ini yang menelan belanja hanya 70 sen untuk dikeluarkan, dijangka mencecah 10 juta pada tahun ini. Dengan penambahan infrastruktur Yuan digital, perubahan ketara mungkin berlaku dalam pasaran NFT.

 

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat