China Bersedia Untuk Berunding Dan Tingkatkan Pembelian Barangan Pertanian AS!

0 307

Laporan terkini yang dilaporkan Bloomberg menunjukkan bahawa pegawai-pegawai perunding kedua-dua buah negara tidak begitu optimis dalam mementerai perjanjian menyeluruh yang membawa kepada penamatan konflik perdagangan antara kedua-dua buah negara ekonomi terbesar dunia tersebut.
Memetik kenyataan seorang pengawai yang terlibat dalam rundingan perdagangan bahawa China dengan rela untuk bertolak ansur dalam perjanjian selagi pihak pentadbiran Trump tidak bertindak mengenakan tarif tambahan termasuk levi yang dirancang akan mula dikenakan pada bulan ini dan pada bulan Disember.

Laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg turut menukilkan bahawa Beijing akan menawarkan konsesi bukan teras seperi pembelian produk pertanian sebagai langkah mengurangkan ketegangan perdagangan. Walaubagaimanapun, pegawai perunding yang tidak dinyatakan nama mengatakan bahawa para peruding tidak optimis dalam mementerai perjanjian menyeluruh yang dimana secara langsung akan menamatkan konflik antara kedua buah negara ekonomi besar tersebut.

Dalam kenyataan yang lain yang dikeluarkan oleh Financial Times melaporkan bahawa pentadbiran China menawarkan untuk meningkatkan pembelian tahunan ke atas barangan pertanian Amerika Syarikat sebagai langkah untuk mementerai perjanjian.

Sebelum ini Trump telah mengatakan bahawa tarif ke atas barangan import China akan ditingkatkan bermula 15 Oktober ini jika tiada kemajuan dalam rundingan perdagangan. Trump juga mengatakan bahawa beliau lebih cenderung untuk mencapai “perjanjian yang menyeluruh” dengan China.

Pada hari Selasa, Jabatan Perdagangan AS telah menambah 28 syarikat China dalam senarai syarikat yang disenaraihitamkan. Laporan ini telah memberi kesan dalam pasaran dan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua buah negara.

Rundingan pihak atasan kedua-dua belah pihak akan diadakan di Washington pada hari Khamis ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.