China Kini Bergelut Tangani Covid-19 Terburuk Sejak Penularan Di Wuhan

882

Ketika kebanyakan negara di seluruh dunia bersedia memasuki fasa endemik, China terus bergelut untuk menangani penularan wabak coronavirus yang disifatkan paling teruk dalam tempoh dua tahun.

Setelah mengubah suai polisi ‘sifar Covid-19’ dengan membenarkan ujian antigen pantas (RAT) untuk kegunaan awam, China menyaksikan lonjakan mendadak kes coronavirus di negara itu.

Dengan peningkatan kes penularan tempatan meningkat 3 kali ganda sehingga mencecah hampir 3,400 kes, China terpaksa meletakkan 17.5 juta penduduknya di selatan bandar Shenzhen dalam perintah berkurung pada Ahad sehingga 20 Mac.

Lonjakan jangkitan dipercayai dikaitkan dengan bandar jiran Hong Kong, di mana kira-kira 300,000 orang kini berada dalam pengasingan atau di bawah kuarantin di rumah.

Selain ‘lockdown’, Shenzhen akan melancarkan tiga pusingan ujian Covid-19 secara besar-besaran terhadap penduduk dan semua perniagaan kecuali yang membekalkan makanan, minyak dan keperluan lain diarah tutup atau bekerja dari rumah jika perlu.

Mungkin pada dasarnya angka yang dicatatkan masih rendah berbanding negara-negara lain yang peningkatannya lebih tinggi. Namun, disebabkan polisi sifar Covid yang dilaksanakan oleh China, sektor ekonomi lain boleh terjejas.

Antara yang terkesan adalah syarikat FoxCon yang terpaksa menghentikan pengeluaran iPhone di kilangnya. Bukan itu sahaja, tetapi sistem pengangkutan di seluruh bandar diarahkan tutup sepanjang tempoh sekatan dilaksanakan.

Ekonomi China telah menyaksikan kemerosotan dalam beberapa aktviti pembuatan dan perkhidmatannya disebabkan gangguan rantaian bekalan dunia, dan sekatan ini dijangka akan memberi kesan selanjutnya terhadap ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat