China Luaskan Kuasa, Ikat Perjanjian Dengan Saudi Aramco!

361

Gergasi tenaga dunia, Saudi Aramco telah menandatangani perjanjian dengan China untuk membina kompleks penapisan canggih di wilayah timur laut negara Asia itu.

Perkara itu disahkan oleh ketua pegawai eksekutif Aramco, Amin Nasser pada Forum Pembangunan China di Beijing pada hari Ahad.

Difahamkan, ia bersetuju untuk bekerjasama dengan North Huajin Chemical dan Panjin Cincheng untuk memulakan pembinaan kompleks penapisan dan petrokimia di Wilayah Liaoning.

Ujarnya, Aramco mahu menjadi sumber tenaga dan bahan kimia yang merangkumi semua untuk keselamatan tenaga jangka panjang dan pembangunan berkualiti tinggi China.

Secara berasingan, ia juga memeterai memorandum persefahaman dengan wilayah Guangdong untuk meneroka kerjasama dalam sektor termasuk tenaga, kewangan, penyelidikan dan inovasi.

Ini merupakan perkembangan baru dalam hubungan antara Arab Saudi dan China ketika Amerika Syarikat terus berusaha untuk mengekang kemajuan Beijing dalam ekonomi global.

Malah, Riyadh juga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual minyak kepada Beijing menggunakan mata wang yuan, bukannya dolar Amerika (USD).

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat