China Satu-satunya Ekonomi Utama Dunia Papar Pertumbuhan

389

Ekonomi China berkembang pada kadar yang lebih cepat dari yang dijangkakan pada suku keempat tahun lalu, mengakhiri tahun 2020 yang teruk dilanda wabak Covid-19 dengan sangat baik dan jangkaan pertumbuhan lebih jauh tahun ini.

Biro Statistik Nasional (NBS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang sebanyak 6.5% pada suku keempat, jauh lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat 6.2% dan mengikuti pertumbuhan 4.9% pada suku ketiga.

Secara keseluruhan, KDNK China meningkat 2.3% pada tahun 2020, menjadikan negara itu satu-satunya ekonomi utama di dunia menunjukkan pertumbuhan ketika dilanda krisis pandemik.

Dengan dibantu oleh langkah-langkah pencegahan virus yang ketat dan rangsangan daripada penggubal dasar, ekonomi telah pulih dengan stabil dari penguncupan 6.8% dalam tiga bulan pertama tahun 2020.

Selain itu, ia juga disokong oleh peningkatan eksport China ketika ancaman coronavirus di seluruh dunia telah memacu permintaan untuk barang-barang dari negara itu, di samping turut didorong oleh nilai yuan yang lebih kuat.

Matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand, malangnya gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat susulan penerbitan data yang memberangsangkan ini.

Selain data KDNK China, pelabur juga diperlihatkan dengan keluaran data jualan runcit yang lebih lemah daripada jangkaan, menunjukkan kurangnya perbelanjaan pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat