China Sedang Gubal Undang-Undang Pengharaman Aktiviti Kripto?

703

Langkah agresif terhadap kripto kian lama kian panas dengan tindakan dari pentadbiran China yang belum berakhir. Hal ini semakin membimbangkan apabila China mula mengumumkan bahawa semua transaksi kripto tidak sah pada awal tahun ini.

Pada hari ini, pihak pentadbiran China telah mengemaskini panduan pencegahan kripto yang disifatkan paling komprehensif setakat ini kerana merangkumi setiap sisi dalam kripto seperti perdagangan kripto sehinggalah kepada perlombongan kripto.

Setakat ini belum terdapat tanda-tanda bahawa pihak pentadbiran akan berlembut. Malah terdapat laporan bahawa badan kehakiman China sedang berusaha untuk merumuskan undang-undang untuk mensabitkan dan menjatuhkan hukuman bagi aktiviti kripto.

Sebelum ini, pihak pentadbiran hanya memberi peringatan agar tidak terlibat dalam penggunaan kripto namun sekarang pihak pemerintah dilihat memiliki tujuan untuk menjadikan aktiviti yang berkaitan dengan kripto sebagai suatu kesalahan jenayah yang membolehkan pesalah dikenakan hukuman penjara.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan China, Collin Wu yang berasaskan sumber terdekat dengan pihak pemerintah. Setakat ini walaupun aktiviti kripto tidak sah, namun masih tidak boleh dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Justeru itu, badan kehakiman sedang berusaha untuk merumuskan undang-undang baru .

Berita terkini muncul hanya beberapa minggu selepas garis panduan pencegahan kripto dikeluarkan oleh People’s Bank of China. Ini menunjukkan bahawa pemerintah China masih mencari jalan untuk mengekang aktiviti kripto. Langkah sebegini telah memberi impak positif terhada sektor Defi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat